Misi Bantuan Mangsa Banjir 2014-2015


Banjir di Pahang, Malaysia

Pemerintah Malaysia memutuskan untuk tidak menyambut kedatangan Tahun Baru 2015 untuk kedua kalinya dalam 10 tahun karena bencana banjir, terutama di Pantai Timur.
Pertama kali Malaysia tidak menyambut tahun baru pada 2005 karena terjadi tsunami mengerikan pada 26 Desember 2004 yang menelan korban lebih dari 200.000 jiwa di Indonesia, Malaysia, Thailand, India, Maladewa dan Sri Lanka.

Serius sedih kan???

Acara-acara yang bakal dan akan berlangsung di Putrajaya, Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan lain seperti Melaka, Penang, Pahang, Negeri Sembilan dibatalkan sebagai tanda penghormatan bagi orang-orang yang menderita banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Perlis, Kedah dan Johor.

Di penghujung tahun 2014 dan di awal tahun 2015 Malaysia dilanda banjir teruk. Me sendiri rasa simpati termat dan sedih bila setiap kali tengik berita di TV. Mana taknya tengok warga tua yang dah tak berupaya kehilangan tempat berlindung dan tinggal sehelai sepinggang sahaja. (Mata berair potong bawang merah)

Kalo baca di sosial media (facebook) lagi la macam-macam cerita mengharukan. Ada yang viralkan cerita bekalan yang kritikal di hospital dan paras air semakin naik, cerita kelompok yang terputus perhubungan dek kerana tersadai di kawasan terpencil dan tiada laluan keluar kerana air di paras tinggi, bekalan elektrik yang terputus dan macam-macam lagi la.

Dari rasa sedih dan hiba ni la terbit rasa nak tolong sedara-sedara kita yang tengah kesusahan ni. Alhamdulillah niat nak membantu tu dipermudahkan kerana tempat Me bekerja ni ada menganjurkan Misi Bantuan Mangsa Banjir. Me and my buddy xlengah lagi terus je daftarkan nama. Xnak lepaskan peluang la kiranya. Sebabnya limited participation. Misi ni terbahagi kepada 3 sesi. Sesi pertama misi bantuan di Pahang dan diikuti dengan Perak dan Kelantan. Me and my buddy berkesempatan untuk join misi di Pahang. Kalo diikutkan berita yang Me follow, negeri Pahang adalah negeri yang mengalami banjir teruk. dan kebetulan pada tahun yang sudah, Me and my buddy turut diberi kesempatan untuk membantu mangsa bannjir di Pahang juga. Joint venture dengan pihak pengurusan banjir Universiti Malaysia Pahang (UMP).



Peserta yang terlibat untuk misi ini mula berkumpul jam 9.00 malam di hadapan pejabat. Kemudian ada penerangan dan pelepasan. Pot..pet..pot..pet.. hampir jam 12.00 tengah malam jugak baru gerak keluar dari Melaka. Dalam bus mula2 masing2 segar je mata. Sempat jugak layan cerita hantu dalam bas. Tapi Me tak ingat plak tajuk apa. Dah abes satu cite, request lagi satu cite. Tapi sukacita dimaklumkan after 30 minit pertama cerita bermula Me dah lena. Hahahahaha.. Sedar je bus dah berenti di RnR (xingt RnR apa). Kecik je RnR tu, terpaksa beratur panjang di toilet. Siap solat subuh, bus bergerak menuju ke Kerdau, Pahang. Kami diberi makan pagi terlebih dahulu sebelum diarah ke tempat pembersihan masing-masing. MiCoST dihantar ke sekolah. Memang teruk jugak kesan banjir. Barang-barang di tingkat 2 semua rosak. Apatah lagi barangan di tingkat 1. Memang payah sikit nak bersihkan. Bekalan elektrik tiada. So xdapat la nak guna water jet. Angkut la sebaldi air naik atas. Alhamdulillah, student yang terlibat memang ringan tulang semuanye. takde la misi dorang berjalan/bersiar semata-mata. ME amik job cuci tingkap. Bukan senang jugak job tu sebab berlumpur.



Selesai kerja membersih, kami singgah di masjid berdekatan untuk mandi dan solat. Aktiviti terakhir adalah penyerahan bantuan yang dibawa dari Melaka. Semoga semua sumbangan tersebut bermanfaat untuk mangsa-mangsa banjir di Kerdau.



On the way balik layan cerita Tekken (actually xtgk pun. sebab x minat). Suddenly kepala pening. So Me pejam mata n buat keras je. tahan takot termuntah dalam bas. Sampai di Melaka (depan pejabat) dalam jam 11.00 malam. Dengan kepala xbetol lagi Me drive la perlahan2 blik rumah.



So korang layan gambar kat bawah ni.


Antara staf yang terlibat untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir

Antara staf yang terlibat untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir- sebelum bertolak

Persiapan Misi Bantuan Mangsa Banjir


Agihan keprluan Misi Bantuan Banjir

View keadaan banjir di Kerdau, Pahang

Akibat banjir

Antara barang yang rosak akibat banjir

Kerja-kerja pembersihan sesudah banjir

Another view after banjir

Ni tangan my buddy (Miss Drama Queen) yang tercedera semasa misi bantuan banjir ni









Comments