Hi peeps!
Me baru balik dari my buddy,
Alien#1’s open house. Memang full perut ni. Balik-balik je jari jemari ni rasa
nak menaip. Idea pulak dating. So entry kedua Me hari ini adalah tentang
SuperHero aka Adiwira. Before tu Me share sikit gambar yang sempat snap di rumah my buddy tadi.
Me ngan my buddy, of course dua-dua alami zaman
kanak-kanak. Me masa kecik-kecik agak boyish sikit. Apa orang lelaki buat Me
nak buat. Contoh panjat pokok ceri, pokok jambu, lompat longkang besar, dsbnya.
Buktinya adalah sampai sekarang masih ada kesan Me panjat pokok jambu batu
jiran. Masa nak turun tu ada pulak adik/kawan (Me xingt dah) kt dahan bawah. So
xboleh nk berpijak kat situ. Dek kerana xtahan sebab dahan yang Me pijak time
tu kecik (setakat boleh pijak dengan ibu jari je). So dari atas pokok tu Me
lompat samapi ke tanah (xde la tinggi sangat pokok tu). Tapi Me xperasan kat
pokok tu ada tersangkut besi bentuk S. Besi cerucuk tu la kalau Me xsilap.
Lepas je mendarat ke tanah xde la rasa sakit tapi rasa lain macam. Kawan dengan
adik duk bising-biding capat leher Me cedera. Walhal Me xde rasa sakit or Nampak
darah meleleh pun. Bila tengok-tengok memang cedera tapi xde darah yang keluar.
Nampak isi putih je. Seriau jugak bila ingt kan balik. Nak sembunyi dari mak n
baba tau, Me beli pembalut luka dan pakai kt leher tu.
Satu lagi kesan yang ada sampai
sekarang di tangan kanan Me. Masa kecik-kecik selalu ikut baba pergi kedai.
Suka tengok tokey kedai tu keluarkan ice dari acuan dan pecah kan. Memang legend
la style orang dulu. Sarang memang jarang la dapat tengok. Lagi satu beli
kelapa parut ke kedai. Mesti dapa tengok dia kupas kelapa, pecah kan tempurung,
buang tombong kelapa (betul ke tombong eh?) dan mesin kelapa. Jadi satu hari tu
Me pergi amik kelapa muda jiran lepas tu senyapnya selinap dapur amik parang.
Dengan konfidennye Me tetak-tetak la kelapa tu. Time tu la tertetak tangan. Nasib
xtetak dengan penuh semangat. Kalau tak memang hilang jari. Terkopek jugak la
sikit kulit tangan ni. Macam biasa Me suruh adik sepupu g beli pembalut luka
ngan pakai. Senyap-senyap je supaya mak n baba tak tau. Hehehe.
My buddy pun ada her own stories.
Coz dia pun nakal macam Me jugak. Sampai kat rambut dia macam-macam benda ada. Kalau
ada benda kt rumah yang hilang, dah tau kat mana nak carik. Kt mana lagi kalau
bukan kat rambut dia. Then kayuh basikal laju-laju dan terbang ala-ala superman
dari basikal tu. Hahaha…..
So, zaman kanak-kanak memang best
sebab xde nak fikir yang berat-berat. We both suka tengok karton sailorman.
Nampak je macam boyish, tapi kartun sailorman juga yang ditengoknya. My buddy
aka drama queen ofkos suka kan watak Usagi (leader sailormoon tu).Me rasa perangai my buddy ni pun seakan sama macam Usagi ni. Me pula suka Ami
Mizuno (Sailor Mercury). Dulu memang pagi Sabtu ke Ahad akan bangun dan mandi
awal-awal (kalau tak, tengah syok tengok sailormoon nanti kene jerit dengan mak
suh mandi. Siap acah nak sebat lagi). Sailormon antara cerita kartun yang
feymes masa kitorg kecik-kecik.
Actually cerita sailormoon tu
macam ni, Tsukino Usagi' seorang gadis tingkatan 2 yang sedikit cemerkap dan
mudah menangis, tetapi penuh bertenaga. Pada suatu hari, dia telah berjumpa
dengan seekor kucing bertanda bulan sabit di dahinya, dan telah bertukar
menjadi 'Sailormoon', srikandi gadis pejuang cinta dan keadilan. Sebagai
seorang yang dipilih sebagai seorang pejuang keadilan, Usagi telah diberi misi
untuk mencari rakan-rakan srikandi yang lain dan kristal perak khayalan serta
melindungi Puteri. Sementara itu, Ratu Kerajaan Gelap 'Ratu Beryl', dengan
keinginan untuk mendapatkan kristal perak khayalan yang amat berkuasa, telah
menghantar orang suruhannya ke bandar Usagi dan menyebabkan kejadian-kejadian
yang pelik... Oleh itu, berjayakah Sailormoon menjumpai srikandi Sailor yang
lain dan bersama-sama menjumpai kristal perak khayalan, serta melindungi
Puteri...?
Watak
Usagi Tsukino/Sailor Moon
Watak utama kisah ini, seorang
gadis tingkatan dua yang sedikit cemerkap dan mudah menangis. Terkenal dengan
dua sanggulnya. Berkeperibadian ceria dan murni, dia boleh berkawan dengan
sesiapa sahaja. Sebagai seorang srikandi Sailor, dia mendapat perlindungan
kuasa cakerawala daripada Bulan.
Ami Mizuno/Sailor Mercury
Gadis genius yang mempunyai !Q
yang mencecah 300. Dia sentiasa belajar demi mencapai cita-citanya untuk
menjadi seorang doktor. Dia berfungsi sebagai 'otak' di kalangan srikandi
Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Utarid,
srikandi Pintar. Dia menggunakan kuasa Air.
Rei Hino/Sailor Mars
Gadis yang mempunyai deria kerohanian
yang peka, biasanya dia adalah seorang gadis kuil, membantu datuknya, seorang
paderi Shinto. Dia masih mempunyai kuasa kerohanian untuk mengesan bahaya
walaupun selepas menjadi srikandi Sailor. Dia mendapat perlindungan kuasa
cakerawala daripada planet Marikh, srikandi Pejuang. Dia menggunakan kuasa Api.
Makoto Kino/Sailor Jupiter
Gadis tinggi yang mempunyai
kekuatan luar biasa. Cara tuturnya bagaikan lelaki, tetapi dia seorang gadis
yang senang jatuh cinta dengan lelaki. Dia masih menggunakan teknik kekuatan
luar biasa dan walaupun telah bertukar menjadi srikandi Sailor . Dia mendapat
perlindungan kuasa cakerawala daripada planet Musytari, srikandi Pelindung. Dia
menggunakan kuasa Halilintar.
Minako Aino/Sailor Venus
Dia aktif sebagai srikandi Sailor
sebelum srikandi-srikandi lain sedar akan kuasa mereka. Merupakan ketua 4 orang
srikandi yang lain, tetapi sebenarnya ada lah seorang gadis yang cemerkap dan
gemar trend-trend terkini. Dia mendapat perlindungan kuasa cakerawala daripada
planet Zuhrah, srikandi Cinta. Dia menggunakan kuasa Cahaya.
p/s : Hey buddy, before balik
tadi I sempat cabutkan kancing kain baju kurung I. Sebab perut dah buncit makan
kat rumah U. Said jadi saksi.
Comments
Post a Comment