Tip penjagaan kereta bagi wanita

Me and  my buddy suka travel. Mostly kitorang travel dengan menggunakan kereta sendiri. Jarang guna pengangkutan awam. Sebagai pemandu dan penumpang kereta Me n my buddy perlu tahu sedikit sebanyak tentang kereta. Kotnye jadi tengah-tengah jalanraya kereta buat hal. Kawasan jalanraya tu pula yang tiada pengguna yang kerap lalu lalang. Kalau ada pun kita tak tau niat mereka. Sekarang macam-macam kes yang dah jadi di jalanraya. Menipu orang untuk dapat dpt cepat. So kitaorang perlu tau bab-bab teknikal tentang kereta. Mana la tau kan, malang tu tak berbau.

Women out there please read this entry till the end.

Bayar duit kereta setiap bulan, vacuum kereta, cuci kereta, pilih wangian yang best dan hias dalam kereta tidak cukup untuk perempuan ambil tahu tentang kereta. Selain dari ini, ada lagi benda penting yang perempuan perlu tahu. Terutama bagi Me & my buddy yang suka travel ni. 

Actually, Me pun tak berapa arif tentang bab teknikal, tapi Me belajar dari pengalaman dan juga buat homework sikit dengan baca di internet.

Me pernah merasa pengalaman tetiba tayar kereta pecah ketika drive di highway. Alhamdulillah masa tu Me rasa malas nak pecut kereta. So Me bawa dalam kelajuan 100km/j dan ke bawah. Tengah mengelamun sambil bawa kereta tetiba rasa kereta lain macam je. Toleh keluar kereta tengok tayar kanan belakang kereta dan pancit. Terus Me masuk line kecemasan (mujur masa tu Me drive di line paling kiri). Time ni Me tak tau nak buat apa. Suddenly ada mamat naik motor kuasa besar pusing dan datang pada Me nak hulurkan bantuan. Dia pun check  bonet kereta dan keluarkan penanda kecemasan. Mamat tu nak tukarkan tayar kereta tapi malangnya cross spanner xde. dalam dok godeh bonet, tiba pulak kereta peronda plus. Mamat ni pun minta diri bila staf peronda tiba. Dalam xlebih dari 10 minit tayar kereta dh siap ditukar. Lucky ada tayar spare yang ada angin dan elok. Apa yang Me dapat dari musibah ini adalah, dapat tengok macam mana nak tukar tayar dan apa yang perlu buat jika berlaku kecemasan.

Pengalaman Me yang seterusnya ialah, tang bateri kereta. Yang ni disebabkan sikap careless Me sendiri. Once upon a time, mood cuci kereta mari. Me pun on enjin kereta untuk start vacum dalam kereta. Lepas tu lap mana-mana part yang me nampak berhabuk. lepas siap tu Me lupa cabut kunci kereta. Selang 2 hari, time nak ke tempat kerja Me carik kunci xjumpa. Tengok jam kt tangan, dah lewat nak ke tempat kerja ni. Me pun rembat kunci pendua dan terus ke kereta. Sekali tengok kunci ada kt kereta dan elok putar kat start level. Dalam hati dapat agak memang bateri kong la ni. Nak sedap kan ati Me cabut dan masuk kan blik kunci. Lampu semua tak menyala. Habis la............... Me masuk rumah balik amik kunci kereta lagi satu dan pecut ke ofis. Di ofis Me google tentang situasi Me ni. Ada sikit input balik keje dengan bantuan my bros, kitorg tukar bateri dari kereta my bro ke kereta Me. Bila dapat start enjin, tanpa matikan, tukar semula bateri kereta Me dan biar di cas seketika. Alhamdulillah sampai sekarang xde tanda masalah pada bateri. (jimat duit..risau kene bateri kereta baru) 




  • Pernah tak korang drive kereta selain dari kereta korang sendiri. Masalah timbul bila nak isi minyak. Mesti korang tertoleh-toleh dari side mirror belah mana tempat isi minyak. Kanan atau kiri? Hah, sebenarnya xperlu tengok dari side mirror pun. Korang just tengok di board belakang stereng. Korang akan nampak gambar pam minyak da nada arrow disebelahnya. Dimana arah arrow itu tuju, di situlah kedudukan tempat mengisi minyak pada kereta korang.
    Tip: arrow menunjukkan tangki minyak kereta belah kiri
  • Jika korang tidak bernasib baik, tetiba sahaja kereta tersenggut-senggut atau dapati sesuatu yang pelik pada kereta korang, cepat-cepat lah nyalakan lampu kecemasan dan masuk ke laluan kiri dan terus ke laluan kecemasan. Kemudian apa yang korang perlu buat adalah pasang penanda kecemasan Ia bertujuan memberi amaran kepada orang ramai supaya memperlahankan kenderaan. Sekiranya anda terpaksa ketepikan kenderaan anda akibat kerosakan, segitiga amaran ini sangat berguna dalam menjamin keselamatan anda di tepi jalan.. Oleh itu, pastikan penanda kecemasan sentiasa berada dalam kereta anda. Selain penanda kecemasan, barangan lain yang perlu ada dalam kereta korang adalah botol air 1.5l yang berisi air, jumper cable, first aid box, tayar spare, cross spanner, tool jek dan set tool box. 
     
  • Pastikan angin tayar kereta cukup setiap kali ingin memulakan  perjalanan jauh. Masih ramai lagi pemandu perempuan yang tidak berapa arif cara nak isi tayar (Me pun tergolong jugak). Ok, caranya senang je sebenarnya bila Tanya orang dan baca di internet. Korang kalau nak senang cari pam angina digital. Kalau korang perasan kalau buka pintu hadapan kereta ada satu kotak yang akan beri maklumat berapa banyak angin yang patot di pam pada tayar kereta anda.

    Tip : korang boleh nampak kapasiti angin pada pintu hadapan kereta dan terus je tekan butang + / - pada pam angin. Then masukkan pili pam pada tayar dan berenti bila dengar bunyi beep dua kali.

  • Bagi bateri basah, pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) sentiasa diperiksa supaya tidak kering. Tidak bagi bateri kering kerana ianya “Free Maintenance”. Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuk cas bateri, “jika ianya hijau – OK : Jika ianya hitam – KO” maknanya bateri kereta korang perlu ditukar dengan segera. Untuk peringatan, pastikan wajar penyambungan pada bateri dicabut jika korang ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku. Elakkan juga tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih. Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas. Cara paling mudah adalah spray dengan silikon anti-karat.
Tak rugi ambil tahu info teknikal kereta ni, malah menjimatkan duit kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!  \(^_^)/

Comments