Lockdown : Real Escape Games, The Shore

Hi peeps....

SELAMAT HARI MERDEKA RAKYAT MALAYSIA!!!



11.50 PM MASIH LAGI DALAM TANGGAL 31 OGOS 2015. 
TANGGAL 31 OGOS 2015, TEMA KEMERDEKAAN YANG DIPILIH ADALAH "SEHATI SEJIWA" YANG MENCERMINKAN ROH KESEPADUAN, KESEFAHAMAN, KEKITAAN DAN KEMANUSIAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA!

Lama jugak rasanya Me tak singgah blog ni, apatah lagi nak update entri terbaru. 3 hari cuti tapi tak ada aktiviti menarik yang Me plan dengan my buddies ataupun famili. Seakan tau badan ni rasa xberapa sihat. Semalam Me mula bersin je sepanjang hari. Lewat malam semalam tak dapat nak tidur nyenyak sebab hidung tersumbat dan tekak perit. Hari ni masih sama. Bersin dan hidung ni basah sentiasa. Tak terlintas pun nak pergi klinik. Sebab, kalau pergi klinik mesti doktor check biasa-biasa je dan terus bagi ubat. (Pengalaman kawan Me pergi klinik sebab mata sakit. Doktor suruh bukak mata luas-luas tapi tak pula tengok mata kawan tu. Terus prescribe ubat dan bagi MC.Hurm) Me pulak jenis tak suka makan ubat. Kalau kene makan ubat tu macam budak kecik kene paksa makan sayur. So Me tak pergi klinik pun. Baru sekejap ni makan aiskrim kacang. Rasa maca lega sikit sakit tekak dan selsema ni. Tapi tak tau la bersifat sementara je ke. Tapi apa yang pasti esok kerja (T_T)


Before cuti Me and my buddies sempat pergi ke Lockdown : Real Games Escape kat The Shore.
Lockdown ni adalah interaktif puzzle game dimana pemain diberikan satu senario di dalam sebuah bilik berkunci. Pemain perlu bijak mencari klu, mesej dan kunci dalam tempoh 45 minit.

Me and my buddies with two others friends pun nak juga cuba. After kerja kitorg trus ke The Shore. Ada 4 bilik yang ada untuk Escape Game ni. Setelah berbincang sakan, kitaorg agreed untuk masuk bilik Se7en. Kalau nak diikutkan Se7en ni adalah bilk yang ketiga completion rate. Kira kitaorg masuk bilik yang susah jugak la ni. Hentam je la labu.

Lockdown Room : Se7en

Mula-mula masuk tu memang blur kejap. Lucky one of us nampak kesinambungan klu yang ada pada dinding-dinding bilik tu. Oh ye, sebelum masuk bilik seorang staf akan brief pada pemain tentang senario dalam bilik tu. Semua barang personal seperti handphone, kamera, etc tak dibenarkan bawa masuk. So, dorang ada sediakan loker berkunci dekat luar bilik. Pemain hanya dibekalkan dengan buku nota, pen dan torchlight. Hanya 2 talian hayat saja diberikan if pemain betul-betul stuck. Nak tahu kitaorang berjaya selesaikan puzzle tu ke tak, korang layan gambar kat bawah ni.

Lockdown Room, The Shore

Lockdown Room, The Shore

Lockdown Room, The Shore

Lockdown Room, The Shore

Lockdown Room, The Shore

Register before masuk Lockdown Room :Se7en

Wefie sebelum masuk

We failed. HAHAHAHA

See ya!

Comments